Malaysia danTimor-Leste Perkuat Pendidikan Tinggi Melalui MoU ASEAN-GEMS
Kabinet Malaysia telah bersetuju memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pendidikan tinggi bersama Timor‑Leste. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan pendidikan serantau di bawah rangka ASEAN, yang dipengerusikan Malaysia.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, MoU tersebut menandakan “lembaran baharu” dalam usaha memajukan sektor pendidikan tinggi Timor‑Leste melalui kerjasama teknikal dan akademik dengan institusi tempatan.
Malaysia juga sedang membangunkan portal biasiswa ASEAN‑GEMS (ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship) di bawah Intra‑ASEAN Scholarship Programme (IASP). Portal ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun 2025 di Langkawi dan akan menawarkan kira‑kira 300 penawar biasiswa bernilai RM18 juta bagi pelajar ASEAN.
Lebih menarik, tujuh daripada sepuluh universiti terbaik di Asia Tenggara berasal dari Malaysia, menegaskan kedudukan negara sebagai peneraju pendidikan tinggi di rantau ini. Malaysia akan turut membentangkan ASEAN Leaders’ Declaration on Higher Education semasa Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN nanti, selaras dengan arah tuju ASEAN Community Vision 2045.



