Ulasan Episode 3 – Trend muzik di Malaysia dan Indonesia
Podcast ketiga dalam Podcast Siar Om Budi membahas tentang trend Muzik di Malaysia dan Indonesia. Poin-poin yang menjadi pembualan iaitu trend muzik populer di kedua negara saat ini, pengaruh budaya dalam muzik dan kolaborasi kedua negara ini dalam muzik.
Pembualan dimulai dengan genre muzik populer, di Indonesia Genre musik populer saat ini seperti pop dan dangdut. Diantara lagu yang masih menjadi trend seperti lagu “Hati-hati di jalan” yang dinyanyikan oleh Tulus. Lagu ini sampai sekarang masih menjadi lagu populer. Selain itu, lagu dari ST12 yang bertajuk “Putri Iklan” tengah menjadi trend di tiktok. Lagu Putri Iklan ini menjadi populer lagi, karena dinyanyikan oleh Fajar Noor di Ajang Indonesiam Idol dengan tarian khas “geol-geol” nya. Di Malaysia juga tidak kalah bagus dengan lagu popluernya saat ini lagu bergenre pop dan slow iaitu bertajuk “Mimpi” yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli. Lagu balada ini masih menjadi kegemaran orang ramai.
Selanjutnya, dalam podcast yang menarik perhatian ialah pembualan tentang pengaruh budaya dalam muzik. Tentunya kedua negara ini, mempunya budaya-budaya yang dapat dikolaborasikan dalam muzik. Contohnya unsur muzik tradisional yang masuk ke pop modern seperti gamelang dan alat muzik tradisional lainnya.
Di Malaysia muzik pop modern yang dipengaruhi oleh unsur tradisional seperti lagu “Serumpun” yang dinyanyikan oleh Mimi Fly. Lagu ini menggabungkan elemen muzik funky dan hip dengan sentuhan traditional. Bukan hanya itu, dalam lagu ini menggambarkan kepelbagian budaya dalam perayaan hari raya.
Manakala, di Indonesia juga terdapat muzik yang menggabungkan elemen tradisional, seperti lagu “Lathi” yang dinyanyikan oleh grup Electronic Dance Muzik (EDM), Weird Genius yang beranggotakan Reza Oktovian, Eka Gustiwana, dan Gerald Liu. Sara Fajira juga menyumbang suara dalam lagu ini. Lagu ini memasukkan elemen tradisional seperti gamelang, serta konteks lagu ini merujuk pada bahasa jawa “ajining diri ana ing lathi” yang artinya harga diri seseorang tergantung pada ucapannya.
Pembualan terakhir berkaitan dengan kolaborasi musisi kedua negara ini dalam muzik. Kolaborasi yang kerap kita ketahui pada masa sekarang iaitu kolaborasi penyanyi malaysia Siti Nurhaliza. Dalam beberapa muzik Indonesia dia kerap menjalankan kolaborasi dengan beberapa penyanyi dari Indonesia speerti Rossa, Judika dan lainnya. Contoh kolaborasi Siti Nurhaliza dalam lagu yang bertajuk “Kisah Kuinginkan”, kolaborasi mereka telah menghasilkan lagu yang dibawakan menjadi keren dan sempat trending di sosial media.
Selain lagu-lagu dan musisi-musisi yang disebutkan diatas, tentunya masih banyak lagi lagu dan musisi dari kedua negara ini yanh sedang populer.
-Tin



