Bidaah: Drama kontroversi Bertopeng Keagamaan
“Tutup mata, bayangkan wajah walid”, perkataan ini tengah viral di media sosial, bukan hanya di Malaysia, di negara tetangga juga seperti di Indonesia. Perkataan tersebut adalah sebuah scene drama televisyen Malaysia bertajuk Bidaah.
Drama Bidaah ini ditayangkan sejak 6 Mac di platform Viu, dengan pelakon utama Faizal Hussein sebagai Walid Muhammad, Riena Diana sebagai Baiduri, dan Fattah Amin sebagai Hambali. Dan drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya, diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn. Bhd., dengan Erma Fatimah sebagai penerbit eksekutif.
Drama ini memberikan pelbagai tanggapan dari penonton serta pihak berkuasa agama, kerana kisahnya yang berani membongkat manifulasi agama. Bermula dari baiduri yang dipaksa ibunya ikut belajar agama di kumpulan Jihad Ummah yang diketuai Walid Muhammad. Seiring waktu, Baiduri menyadari adanya pelbagai tindakan yang tidak sesuai dan membawa kepentingan agama (bertopeng agama).
Sejak tayang, Bidaah telah mendapatkan lebih dari 134 juta penonton di Viu Malaysia. Bukan hanya do Viu, potongam video tayangan Drama ini di media sosial pun ikut viral, seperti di TikTok. Penonton juga memberikan tanggapan positif atas keberanian drama ini dalam mengangkat isu yang sering dianggap remeh.
-Tin



