Kuih Nastar, Sentiasa Ada di Hari Raya Aidil Fitri

Oleh Ratin Wahyu Juniatma

Setiap menjelang hari raya Aidil Fitri, satu tradisi yang harus ada di setiap rumah ialah menghidangkan pelbagai jenis kuih raya. Antara yang paling popular dan sentiasa ada di meja hidangan ialah kuih nastar. Kuih nastar ini ialah kuih yang terkenal dengan tekstur tart yang lembut, berisi jem nanas yang manis dan sedikit asam menjadikan kuih ini banyak diminati.

Menjelang hari raya, ramai yang menyedikan kuih nastar di rumah, diantaranya ada yang membeli hingga ada yang membuat sendiri di rumah menggunakan resepi turun-temurun. Kuih nastar, hingga saat ini diinovasikan daripada kuih nastar klasik yang berisi jem nanas saja menjadi kuih nastar dengan cokelat, keju dan bahan lain yang menyesuaikan dengan selera.

Permintaan kuih raya menjelang hari raya juga meningkat, ramai peniaga kecil rumahan mengambil peluang ini untuk menjual kuih nastar dalam pelbagai penawaran seperti, jenis kuih nastar klasik, kuih nastar dicampur keju, dan lainnya. Ada juga menawarkan dari pelbagai size dan harga.

Seorang peniaga pemula dari rumahan, Irma (30), berkata saya mulai berjualan kuih kerana kawan dekat meminta saya untuk membuatkan kuih nastar, peluang itu saya gunakan untuk membuat kuih nastar lebih banyak, akhirnya banyak yang minat dan terjual habis.

“menjelang hari raya Aidil Fitri, bersyukur mendapatkan income tambahan dari menjual kuih nastar, peminta kuih nastar sangat ramai, sebelumnya saya hanya membuat 10 balang 500 gram nastar, sekarang saya telah menjual lebih dari 30 balang. Dan sekarang masih ada yang meminta lagi sebanyak 20 balang kuih nastar,” katanya.

Irma juga berkata walaupun banyak jenis kuih nastar yang sudah diinovasikan, kuih nastar yang paling banyak diminati masih yang klasik iaitu kuih nastar dengan jem nanas saja. kemudian kuih nastar dengan jem nanas dan toping keju adalah yang peringkat kedua diminati pembeli.

Sementara, Fani (nama samaran) seorang pembeli dan peminat kuih nastar berkata kuih ini ialah diantara kuih yang waib ada di hari raya Aidil Fitri, kerana rasanya yang lembut dan enak. Biasanya saya membeli kuih nastar yang klasik saja, tetapi untuk hari raya tahun ini saya membeli dua jenis iaitu kuih nastar klasik dan kuih nastar dengan toping keju.

Fani juga berkata harga kuih nastar yang 500-gram dalam Rp 70.000 hingga Rp 110.000 atau RM19 hingga RM29, harga disesuaikan dengan size, dan varian kuih nastar yang dibeli, saya pikir berapapun harga, kalau rasa enak semua orang akan beli walaupun mahal.

-Admin