Takbiran di Indonesia: Konvoi Obor hingga Gendang Raksasa
Oleh Ratin Wahyu Juniatma
Malam takbiran adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di Indonesia. Malam sebelum perayaan Hari Raya Aidil Fitri digunakan untuk takbiran. Menjelang Hari Raya Aidil Fitri, suasana malam di Indonesia dipenuhi dengan Takbir yang bergema dari surau-surau, masjid-masjid, dan dari jalan-jalanan.
Takbiran adalah momen istimewa yang bukan sahaja mempunyai makna keagamaan tetapi juga diwarnai oleh tradisi unik di pelbagai wilayah. Dari obor yang menerangi malam hingga gendang raksasa yang berdegup dengan penuh semangat, takbiran di Indonesia selalu menjadi perayaan yang sentiasa meriah.

Konvoi obor, dipelbagai wilayah menjadikan sebagai salah satu perayaan menyambut hari raya Aidil Fitri. Bermula dari dari kanak-kanak hingga orang dewasa ikut ke jalan untuk membawa obor sambil melantunkan takbir bersama.
“Biasanya kami menggunakan pakaian muslim berwarna putih, membawa obor dan melantunkan takbir bersama, kemudian diiringi dengan gendang (beduk dalam Bahasa Indonesia), kami berjalan mengelilingi kampung atau sebelumnya sudah ditentukan start dan finish berjalan”, kata seorang warga negara Indonesia yang tinggal di Malaysia.
Dia berkata juga konvoi malam perayaan Aidil Fitri ini tidak hanya membawa obor dan bedug sahaja, tetapi biasanya ada miniatur masjid yang telah dibuat dengan sangat cantik, dihiasi lampu warna-warni.
Disebalik kemeriahan perayaan menjelang hari raya Aidil Fitri ini tidak hanya tentang untuk menyambut hari raya Aidil Fitri sahaja. Namun mempunyai makna kemenangan, kebersamaan, kegembiraan dan rasa syukur atas nikmat serta kurnia Allah SWT.
-Jakarta



