Keunikan Tradisi Hari Raya Aidil Fitri di Indonesia
Hari raya Aidil fitri adalah, hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat muslim, begitu juga dengan umat muslim di Indonesia. Indonesia merupakan sebuah negara dengan majoriti muslim mempunyai pelbagai tradisi unik untuk merayakan hari raya Aidil Fitri. Berikut beberapa tradisi unik perayaan Aidil Fitri di Indonesia.
Pertama, tradisi mudik merupakan tradisi balik atau pulang ke kampung untuk berkumpul bersama keluarga. Biasanya, tradisi ini dilakukan oleh orang-orang yang jauh dari keluarga. Walaupun perjalanan sangat melelahkan kerana jarak yang sangat jauh dan sering terjadi kemacetan di jalan raya, tradisi mudik tetap dilakukan demi dapat berkumpul bersama keluarga di hari Aidil Fitri.
Kedua, malam takbiran merupakan tradisi takbiran berkeliling di malam sebelum Aidil Fitri yang dilakukan oleh masyarakat untuk menyambut hari Aidil fitri. Masyarakat berkeliling dengan membawa obor, bedug atau gendang, dan menggemakan takbir bersama-sama. Takbiran ini tidak hanya dilakukan di kampung, juga dilakukan di bandar-bandar. Tradisi ini menciptakan suasana kebahagiaan dalam menyambut hari raya Aidil Fitri.
Ketiga, Halal bihalal atau tradisi silaturrahmi adalah tradisi selepas Aidil Fitri untuk memaafkan satu sama lain. Tradisi ini biasanya dilakukan dengan mengunjungi rumah keluarga, saudara, jiran dan rakan-rakan. Tradisi ini bukan sahaja dijalankan di Kawasan orang terdekat tetapi juga di sekolah, institusi kerajaan dan lain-lain.
Keempat, hidangan hari raya merupakan makanan khas hari raya Aidil Fitri yang wajib ada seperti ketupat yang dibuat daripada nasi dalam anyaman atau tenun daun kelapa. Ketupat melambangkan kebersihan hati selepas sebulan berpuasa. Biasanya ketupat ini dihidangkan bersama opor ayam, rendang, gulai, sambel goreng hati dan lauk lainnya yang menyesuaikan dengan selera masing-masing.
Seperti lirik lagu penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tasya yang bertajuk Ketupat Lebaran “Ketupat lebaran dengan sayap opor ayam. Disantap sepulang dari shalat idul fitri, untuk kakek dan nenek, tetangga, sahabat. Senangnya, subhanallah sungguh nikmat.”
Namun, dari beberapa daerah-daerah di Indonesia juga mempunyai keunikan tersendiri dalam merayakan Aidil Fitri, seperti di Lombok mempunyai tradisi membawa dulang (berisi makanan hari raya), kemudian dulang tersebut dimakan bersama-sama setelah sholat Aidil Fitri.
Tradisi-tradisi ini mencerminkan kekayaan budaya dan kebersamaan yang tinggi. Tradisi ini menjadi bukti bahawa hari Raya Aidil Fitri bukan hanya perayaan keagamaan tetapi juga perayaan kebersamaan untuk mempererat silaturrahmi, sosial dan kekeluargaan.
-Tin Tin



