Tradisi Baju Lebaran di Indonesia

-Tin Tin

Aidil Fitri adalah hari raya umat Islam yang dirayakan setelah selesai menjalankan puasa ramadan. Diantara tradisi-tradisi Aidil fitri iaitu menghidangkan makanan, silaturrahmi ke keluarga dan kerabat, serta memakai baju lebaran.

Tradisi baju lebaran di Aidil Fitri sangat dinanti-nantikan oleh umat islam. Baju lebaran dapat berupa baju baharu atau baju lama yang terbaik, namun kerap kali yang ialah baju baharu untuk baju lebaran. Tradisi ini merupakan tradisi di negara Indonesia dan negara lainnya seperti di Malaysia.

Memakai baju lebaran dapat diartikan sebagai simbol kegembiraan, kemenangan dan rasa syukur telah menjalankan puasa selama satu bulan. Simbol kembali ke fitrah, telah kembali keadaan yang suci.

Tradisi baju lebaran yang kerap digunakan di Indonesia diantaranya baju koko, baju gamis atau jubah, baju kurung, baju kebaya, dan baju batik. Design baju-baju lebaran ini yang digunakan dari design klasik sampai design modern.

Baju koko, lelaki Indonesia memilih baju koko sejenis kemeja lengan panjang dan lengan pendek dengan diberikan sulaman khas pada baju tersebut. Baju ini biasanya dipadankan dengan sarung atau seluar panjang, mengikut selera masing-masing.

Baju gamis atau jubah, baju kerap digemari oleh wanita berjilbab, baju longgar, lebih santun dan lebih religious. Baju ini dari berbagai jenis motif dan design yang dijual, menjadikan baju ini terlihat lebih styles dan menarik.

Baju kurung dan baju kebaya, baju ini juga banyak yang dibuat dengan design modern dengan padankan dengan motif batik dan style modern. Menjadikan baju kurung dan baju kebaya ini terlihat lebih anggun dengan tidak menghilangkan suasana santun.

Baju batik, baju dengan simbol warisan budaya ini tidak lekang oleh waktu, hari Aidil Fitri pun masih menjadi pilihan untuk digunakan oleh lelaki atau wanita baju lebaran.

Memakai baju lebaran di hari raya Aidil fitri tidak hanya sebagai fesyen sahaja, tetapi merupakan warisan budaya atau tradisi turun temurun. Namun perlu diperjelaskan bahawa baju lebaran bukan wajib menggunakan baju baharu, tetapi baju lama yang terbaik dan bersih.

-Admin