Ulasan Buku: Pemilu dalam Kondisi VUCA
Buku PEMILU dalam kondisi VUCA karya Ibrahim Malik Tanjung membincangkan pengaruh VUCA iaitu Volatility (ketidakstabilan), Uncertainty (ketidakpastian), Complexity (kerumitan), dan Ambiguity (kesamaran) terhadap demokrasi di Indonesia, terutamanya pada PEMILU (Pemilihan Umum) 2024 atau Pilihan Raya 2024.

Tiga perkara utama yang menjadi perbincangan dalam buku ini iaitu berkaitan penyempitan persaingan politik, politik identiti, dan tindak balas eksekutif terhadap oposisi.
Selain itu, buku ini juga membincangkan secara kritis bagaimana faktor-faktor VUCA mempengaruhi kelangsungan demokrasi di Indonesia. Buku ini menjadi bacaan penting bagi pengundi, akademik, dan pembuat kebijakan. Walaupun buku ini membincangkan konsep yang kompleks, penyampaiannya tetap mudah difahami oleh pelbagai golongan.
Author: Ibrahim Malik Tanjung
Publisher: PT Pustaka Obor Indonesia
ISBN: 978-623-6421-57-4
Year: 2023
Pages: 245pp
Price: Rp 125.000 / RM 35.00


