Uniknya Perayaan Raya di Malaysia & Indonesia
Podcast pertama di Siar Om Budi bertajuk Uniknya Perayaan Raya di Malaysia dan Indonesia membincangkan hal-hal yang menarik tentang perbezaan serta persamaan dalam menyambut hari raya di kedua negara tersebut.
Dalam episode ini, kita disajikan menelusuri tradisi-tradisi perayaan hari raya, seperti balik kampung (mudik di Indonesia), persiapan hidangan atau makanan raya, kuih-kuih raya, dan tradisi bermaaf-maafan. Selain itu, podcast ini membincangkan fesyen baju raya, dan menyentuh pembualan ke lagu-lagu raya.
Perbedaan kedua negara ini dalam menyambut perayaan hari raya iaitu Indonesia memiliki tradisi takbiran keliling atau pawai keliling membawa obor, dan miniatur masjid sambil menggemakan takbir di malam sebelum hari raya.
Persamaan perayaan hari raya dikedua negara ini mulai dari persiapan makanan dan kuih. Makanan antara kedua negara ini juga ada kesamaan iaitu ada rendang dan ketupat. Tradisi maaf-maafan, tradisi memberi duit raya (THR di Indonesia). Bahkan sampai tradisi membeli baju lebaran atau baju raya.
Kedua negara ini juga mempinyai fesyen baju lebaran yang hanpir sama, beberapa wilayah seperti sumatera Utara masih menggunakan baju melayu sebagai baju raya, begitu juga di Malaysia.
Suasana balik kampung sebelum raya juga merupakan tradisi kedua negara ini. Tradisi ini adalah momen yang ditunggu untuk berkumpul bersama keluarga. Walaupun dalam perjalanan penuh sesak dengan volume kendaraan yang banyak waktu mudik lebaran, jem (macet di Indonesian).
Tidak lupa bahawa musisi-musisi kedua negara ini juga telah menciptakan lagu raya sebagai hiburan dan menyenangkan hati para pendengar. Tentunya walaupun kedua negara ini mempunyai lagu hari raya yang berbeda, tetapi semua sangat menarik untuk didengar dan dinyanyikan.
-Tin



