SAMSONS KEMBALI KE MALAYSIA DENGAN “KENANGAN TERINDAH” 9 NOVEMBER 2025

Selepas 22 tahun menghiburkan peminat dengan lagu-lagu yang dekat di hati, kumpulan pop-rock terkenal Indonesia Samsons bakal kembali membuat penampilan istimewa di Malaysia. Konsert Samsons Live in Malaysia: Kenangan Terindah akan berlangsung pada Ahad, 9 November 2025 di Idea Live Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Konsert ini dibawakan oleh Orlaith Inc, penganjur rasmi yang berpengalaman menganjurkan acara hiburan berskala besar di Malaysia.

Sejak awal kemunculan mereka, Samsons telah mengukir nama menerusi lagu-lagu yang mudah dinyanyikan bersama dan sarat emosi, termasuk Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini, Bukan Diriku dan Rayu. Setiap lagu membawa cerita dan kenangan tersendiri, menjadi teman dalam pelbagai detik kehidupan – dari saat jatuh cinta, melalui rindu yang panjang, hingga momen yang penuh pengharapan.

Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi yang akan menghidupkan kembali kenangan lama sambil mencipta yang baharu. Gabungan persembahan bertenaga, pencahayaan memukau dan susunan muzik yang segar akan membuatkan setiap penonton merasa seperti sedang berada di tengah cerita mereka sendiri.

Tiket bermula daripada RM154 boleh dibeli sekarang melalui Ticket2U (www.ticket2u.com) dan Fantopia (www.fantopia.app). Untuk pengalaman lebih istimewa, peminat boleh memilih VVIP All Access + Barangan Eksklusif atau Meet & Greet bagi peluang bertemu Samsons secara dekat dan membawa pulang kenangan peribadi yang tidak ternilai.

Tempat adalah terhad dan sambutan dijangka hangat – tempah tiket anda segera supaya tidak terlepas peluang berada di tengah-tengah malam penuh memori ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Azam Ismail Bakri | +6019 270 4051 | azam@orlaithinc.com
Suziyana Natasya | +6019 208 2136 | suziyana@orlaithinc.com
Syazmin Asyraff | +6013 317 6035 | syazmin@orlaithinc.com
Teartika Abd Rashid | +6011 6932 8438 | teartika@orlaithinc.com